Sinopsis Drama Kerana Cintaku Saerah
Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata. Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jibek (lakonan Benjy) yang mengalami penyakit di mana sel-sel dalam otaknya lemah dan kesannya Jibek menjadi lembab pemikiran di zaman remaja. Ketika zaman kanak-kanak, Jibek yang masih normal ketika itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan Jibek berkawan rapat dengan Saerah (lakonan Umie Aida). Mereka berjanji untuk mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup setelah dewasa. Namun, setelah Jibek mengalami penyakit otak, Saerah berubah fikiran dan cintanya bukan lagi buat Jibek. Namun, berlainan pada Jibek yang masih lagi berpegang pada janjinya untuk menjadikan Saerah sebagai isteri. Namun takdir menentukan segalanya. Satu kejadian tragis menimpa Saerah di mana Saerah telah terlanjur melakukan penzinaan dengan seorang pemuda bernama Mustaza (lakonan Ezani).
Menyedihkan lagi bagi Saerah kerana Mustaza tidak menyintainya dan meninggalkan Saerah yang menghamilkan anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Saerah (Wan Maimunah) telah memaksa Saerah berkawin dengan Jibek. Atas dasar keterpaksaan, Jibek dan Saerah pun berkahwin dan melahirkan seorang anak hasil dari persetubuhan dengan Mustaza.
Malang bagi Jibek apabila Saerah lari ke Kuala Lumpur tanpa pesan sejurus selepas habis pantang. Di Kuala Lumpur, Saerah berjaya mendapat pekerjaan dan lupa untuk pulang ke kampung melihat anak, suami dan ibunya.Jibek memelihara anaknya sehinggalah anaknya besar. Banyak laluan getir dan dugaan yang terpaksa dihadapi Jibek.
Antaranya terpaksa menghadapi kerenah seorang pemuda jonggang yang samseng bernama Jenal (lakonan Isma Yusoof) dan ibunya, Cik Ros (lakonan Engku Faridah) yang suka membuat onar tanpa belas kasihan terhadap Jibek. Ibu Jibek banyak berhutang dengan Cik Ros dan Jibek tidak mampu membayar kesemua hutang tersebut.
Kewujudan watak Nomi (lakonan Noorkhiriah) yang mengalami penyakit terencat akal menjadi kawan Jibek sejak kecil sehingga besar sedikit sebanyak memberi penawar pada Jibek. Mungkinkah akan ada cinta antara Nomi dan Jibek? Apakah yang akan berlaku pada Saerah ketika di Kuala Lumpur? Apakah yang akan menimpa Jenal dan ibunya Cik Ros? Untuk jawapan dan kesudahan drama ini, anda perlu tontonnya sendiri.
pengajaran:
1. Manusia sentiasa lupa sentiasa memandang kepada luaran bertuhan kan nafsu sehingga lupa insan yg baik di mata. padan muka saerah sebb terlalu mengikut nafsu hampir terkawin gan bapak sendiri!
2. Watak jibek yg setia pada janjinyer membuatkan dia akur setia menanti. Tapi ingat insan buruk macam jibek ada gak tahap kesabarannyer...!
3. Siapa kata cinta tak leh ujud pada org yg kita anggap saudara berkat kesabaran dan kesetiaan nomi, jibek akhirnye memilih nomi yg buruk di banding saerah.. biar cacat tapi hatinyer bersih. kerana jibek tidak memandang nomi dr sudut physical..(sedey siot tgk part akhirtu..hanya org yg ada perasaan dan tidak ego faham part ni)
4. Lagu "seribu tahun" tu lagu siapa jibek kepada saerah atau nomi kepada jibek...? saya rasa nomi kepada jibek kot..