THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, June 13, 2008

hipokrasikah kita....?

Saya amat tertarik bila membaca laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengarahkan Celcom Mobile Sdn Bhd supaya menghentikan peraduan “Celcom 100 Hari 100 Kereta” susulan bantahan orang ramai. Keadaan semakin meruncing dengan pengharaman rancangan tersebut oleh Mufti baru baru ini.
Yang menjadi tanda tanya ujudnya ketidak adilan di dalam system kehidupan kita sekarang bila SKMM pula tidak mengambil tindakan dengan menghentikan penganjur rancangan Realiti TV lain? Apakah ketetapan atau garis panduan yang jelas bagi membenarkan atau mengharamkan sesuatu program. Adakah bila sesuatu program itu membangkitkan kesensitifan satu masyarakat atau kaum baru tindakkan hendak diambil. Sebelum ini ramai juga org melayu yg menyatakan ketidak puasan hati merka terhadap rancangan rancangan realiti yang ada di Malaysia tetapi tiada tindakkan yang diambil oleh mana mana pihak. Isu program yang mengalpakan masyarakat melayu sudah lama kedengaran mengapa program sebegini semakin berleluasa?

Saya tidak arif mengenai soal hukum hakam jatuh haram halalnya sesuatu rancangan yang dikendalikan oleh sesuatu syarikat. Tapi bila kita menyentuh nilai kemanusiaan rancangan sebegini jelas mengalpakan. Lihat sendiri berapa ramai masyarakat melayu yang mengundi untuk calon pemenang. Mala ada yang sanggup mengorbankan ribuan ringgit semata ingin melihat calon mereka menang. Persoalannya apa yang pengundi dapat setelah melabur puluhan, ratusan dan ribuan ringgit?

Dengan kenaikkan harga minyak yang mendadak kini lebih elok masyarakat digalakkan berjimat cermat. Haramkan terus apa jua rancangan yang boleh mengundang pembaziran baru adil buat semua masyarakat. Setidak tidaknya kita boleh membendung "budaya hipokrasi" yang sejak kebelakangan ini menular di kalangan masyarakat kita. Hendaknya segala tindakkan yang kita lakukan dalam menangani sesuatuh masalah adalah ikhlas dan jujur dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor yang tersirat.
Sekadar renungan bersama.

PS: I suppose i send this to a news paper but i decided to post it here because i just realized that no point barking on a hill because many of us is already become the hill itself.

0 comments: