THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, June 5, 2008

kesian Celcom ...Apa di buat semua salah...

Peraduan tiada unsur judi - Celcom
Oleh Amran Ahmad

KUALA LUMPUR 5 Jun - Celcom (M) Bhd., (Celcom) mempertahankan tindakannya menganjurkan peraduan 100 Hari 100 Kereta kerana ia tidak mempunyai unsur perjudian seperti yang didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, pihaknya telah membuat kajian yang menyeluruh termasuk merujuk fatwa mengenai produk telekomunikasi sebelum memutuskan untuk menganjurkan promosi yang bukan berasaskan nasib itu.

"Jika wujud unsur-unsur perjudian atau apa juga yang haram dalam promosi Celcom, saya akan menjadi orang pertama yang akan menentang penganjuran promosi seperti itu," katanya di sini hari ini.

Semalam, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam tidak menyertai peraduan itu kerana ia mengandungi unsur perjudian.

Menurut beliau, peraduan itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti juga judi nombor ekor.

Selain Dr. Mohd. Asri, penulis blog tempatan juga turut mempertikaikan penganjuran promosi oleh Celcom itu yang dikatakan haram atas sebab yang sama.

Bagaimanapun Shazalli berkata, Celcom akan akur dengan arahan termasuk membatalkan promosi itu jika pihak berkuasa yang berkaitan memutuskan penganjuran promosi tersebut sebagai haram.

Katanya, kekeliruan mengenai konsep dan kaedah penyertaan promosi yang bukan berasaskan nasib sebaliknya kepintaran peserta promosi itu berlaku kerana wujudnya penilaian yang bukan berasaskan pengalaman dan hanya bacaan ala kadar.

Justeru, Celcom ingin mempelawa mana-mana pihak untuk melihat sendiri kaedah dan cara promosi itu dikendalikan bagi mendapatkan kefahaman sebenar mengenainya yang secara jelas tidak mengandungi unsur perjudian, tambah beliau lagi.

"Celcom memandang serius perkara ini kerana kita tidak mahu 1.5 juta pelanggan Celcom yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Islam di negara ini berasa sangsi dengan promosi yang dijalankan sebelum atau selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, beberapa ulama berpendapat peraduan tersebut tidak wajar diteruskan kerana terdapat unsur judi dan menguji nasib yang jelas ditegah oleh syarak.

Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berkata, peraduan itu juga mempunyai unsur memberi harapan yang tinggi kepada peserta dan boleh mewujudkan rasa tidak puas hati kepada mereka yang menyertainya.

"Peraduan seperti ini amat berbahaya dan dilarang oleh syarak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Noh berkata, bagi mengelakkan wujudnya unsur perjudian itu, pihak penganjur peraduan wajar menimbang semula sensitiviti agama dalam peraduan itu.

Beliau berharap penganjur mendapatkan nasihat daripada tokoh agama untuk memastikan tidak wujud unsur yang bertentangan dengan syarak dalam peraduan itu.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir pula berkata, kaedah mengenakan caj kepada peserta bagi setiap penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa memberi sebarang pulangan tidak dibolehkan.

Jelas beliau, ia tidak munasabah kerana walaupun penganjur menafikan tiada sebarang keuntungan tetapi peraduan itu tetap mempunyai unsur perjudian.

KOMEN SAYA..NAPER SEJAK AKHIR AKHIR NI RAMAI NAK TENGOK SATU SATU SYARIKAT MELAYU HASIL ANAK WATAN NI LINGKUP..? LUPAKAH KITA BAHAWA RATA RATA PEKERJA DI CELCOM ADALAH BERBANGSA MELAYU DAN BUMIPUTRA? MAHUKAH KITA MELIHAT SYARIKAT TECHNOLOGY YG DIKUASAI SEPENUHNYA OLEH ANAK WATAN BUNGKUS...

INI LA JADI BILA ORG YG TAK TAU PASAL CARA SUATU PERKERJAAN ITU DIJALANKAN TERUS MENJATUHKAN HUKUM SESUKA HATI..KECIAN CELCOM. YG HERAN PARA MUFTI TAKLAK JATUHKAN HUKUM HARAM PADA ACADEMY FANTASIA ANJURAN MAXIS KENAPER SEBB MEREKA SYARIKAT BUKAN MELAYU KAH? MUNGKIN JUGA CELCOM NI DILIHAT SEBAGAI SYARIKAT YG MENYEBELAHI KERAJAAN MAKA HARAM BERDOSA APA JUGA YG DIBUAT OLEH CELCOM BANDING GAN SYARIKAT LAIN..

PADA PIMPINAN CELCOM TERUSKAN BERKARYA JGN "PANDANG KEBELAKANG" KERANA BILA KITA TERLALU TERIKAT BERKARYA SIAPA PUN TIDAK MAMPU KEHADAPAN.

0 comments: